Dante berkata kekalahan 1-0 Nice dalam aksi final Coupe de France kepada Nantes semalam akan 'meninggalkan kesan untuk jangka masa yang lama'.

Ludovic Blas menjaringkan gol tunggal permainan daripada sepakan penalti pada minit pertama separuh masa kedua di Stade de France.

Blas melakukan sepakan penalti selepas Hicham Boudaoui dan itu sudah cukup untuk Nantes memenangi trofi utama pertama mereka selama 21 tahun.

Nice pula terpaksa meratapi kekecewaan kerana mereka gagal menamatkan kemarau trofi yang bermula sejak 1997, apabila mereka menjulang Coupe de France buat kali ketiga.

Kapten pasukan, Dante, menjelaskan bawah pasukan kendalian Christophe Galtier perlu bertindak balas apabila mereka menentang St Etienne dalam Ligue 1 Rabu ini, dengan kelayakan Eropah masih belum terjamin.

Pertahanan Brazil itu berkata: "Cukup sedih. Kami sangat kecewa kerana kami benar-benar mahu memberikan ini kepada penyokong kami dan orang ramai yang telah menunggu ini sejak sekian lama, tetapi kami tidak berjaya berbuat demikian.

"Ia akan meninggalkan kesan untuk masa yang lama tetapi kami perlu segera bangkit. Kami mempunyai perlawanan yang sangat penting pada hari Rabu."