Bintang Juventus, Douglas Costa, melabel berita yang mengaitkannya dengan Manchester United sebagai "tidak berasas" selepas seorang ejen mendakwa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu cuba menandatanganinya.

Akhbar berbahasa Inggeris itu menerbitkan wawancara dengan ejen, Giovanni Branchini, semalam yang mengatakan minat mendalam United terhadap pemain Brazil itu tetapi Maurizio Sarri enggan menjualnya.

Bagaimanapun, sebagai tindak balas kepada laporan itu, Costa mengeluarkan satu kenyataan bantahan kuat sambil menegaskan Branchini, yang bekerja sebagai perantara dalam perpindahannya ke Juve, bukan lagi wakilnya.

Menulis di Instagram, Costa berkata: "Saya menafikan berita tidak berasas yang diterbitkan hari ini, yang mengatakan bahawa saya pernah berunding dengan beberapa kelab ketika jendela perpindahan terakhir.

"Sejak permulaan musim ini, saya sudah menjelaskan bahawa saya mahu kekal di sini untuk memenangi trofi dan mencurahkan keringat untuk jersi Juve.

"Junior Mendoza kini adalah ejen saya dan satu-satunya orang yang diberi kuasa untuk bercakap bagi pihak saya."