VILLARREAL 2 ATLETICO MADRID 2

Angel Correa menjaringkan gol jarak jauh sensasi dari jarak hampir setengah padang ketika Atletico Madrid terikat 2-2 dengan Villarreal dalam perlawanan LaLiga awal pagi tadi.

Correa mengejutkan penonton di Estadio de la Ceramica menerusi jaringan gemilangnya untuk meletakkan pelawat di depan seawal minit ke-10 tetapi pasukan tuan rumah, Villarreal, kembali menyamakan kedudukan hasil penyudah Pau Torres, tidak lama selepas sepakan penalti Gerard Moreno diselamatkan penjaga gol Atletico, Jan Oblak.

Alberto Moreno kemudian hampir memberikan pasukan bimbingan Unai Emery itu kemenangan kelima berturut-turut dalam LaLiga menerusi jaringannya menjelang sejam perlawanan tetapi Atletico berhasil mencuri satu mata berharga selepas Geoffrey Kondogbia menemui gol pertamanya buat kelab itu walaupun pemain tengah berkenaan dilayangkan kad merah dalam waktu kecederaan.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan bimbingan Diego Simeone berkenaan melonjak ke tangga keempat liga manakala Villarreal pula kekal ketinggalan empat mata di belakang Atletico untuk menduduki tangga kelapan.