Dua gol tewas daripada pemain terbaru, Joaquin Correa, menyaksikan Inter bangkit daripada ketinggalan mengatasi Hellas Verona 3-1 dalam aksi Serie A, awal pagi tadi.

Correa, menandatangani dari Lazio Khamis lalu, memerlukan sembilan minit selepas hadir sebagai pemain gantian untuk menanduk masuk dan sekaligus membawa pasukan menuju kemenangan kedua selepas dua perlawanan.

Dia kemudian melengkapkan jaringan menerusi rembatan kaki kiri dalam masa kecederaan bagi melengkapkan kemenangan skuad kendalian Simone Inzaghi.

Lautaro Martinez terlebih dahulu menafika jaringan pembukaan Ivan Ilic, di mana terhasil daripada kegagalan penjaga gol Inter, Samir Handanovic melakukan hantaran.

Verona kini tanpa 10 kemenangan adi Stadio Marcantonio Bentegodi dalam saingan utama.