MILAN 4 TORINO 2
(Milan menang dalam masa tambahan)


Hakan Calhanoglu meledak dua gol selepas dimasukkan sebagai pemain gantian untuk Milan lolos ke separuh akhir Coppa Italia menerusi kemenangan 4-2 ke atas Torino dalam satu perlawanan yang mendebarkan selepas masa tambahan awal pagi tadi.

Milan mendahului menerusi Giacomo Bonaventura pada pada minit ke-12 tetapi jaringan berganda pertahanan, Bremer, tampak sudah cukup untuk menghantar Torino ke separuh akhir buat julung kalinya sejak 1993-94.

Bagaimanapun, rembatan Calhanoglu, yang masuk untuk menggantikan Rade Krunic pada minit ke-82, dari penjuru kotak penalti dalam masa kecederaan memastikan permainan dilanjutkan setengah jam lagi.

Dua percubaannya dalam tempoh 29 saat babak kedua masa tambahan, diikuti tampanan Zlatan Ibrahimovic untuk mencetak gol keduanya, dua minit selepas itu sejak kembali ke menyertai kelab Itali berkenaan, memastikan Rossoneri menempah pertemuan dengan Juventus di peringkat seterusnya.



Editor: Shaiful Shamsudin