Copa Libertadores: Palmeiras di laluan selesa lolos pusingan 16

Shaiful Shamsudin
Jun 30, 2022 04:36 MYT
CERRO PORTENO 0 PALMEIRAS 3
Palmeiras sebelah kaki ke suku akhir Copa Libertadores selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas Cerro Porteno dalam pertemuan pertama di Asuncion, sebentar tadi.
Dua gol Rony dalam separuh masa kedua sebelum jaringan lewat Murilo memberikan juara bertahan Libertadores dua kali itu bekalan selesa di Sao Paulo untuk perlawanan timbal balik, Khamis depan.

⚽⚽⚽ ¡Los tantos de la goleada! Así fue la ráfaga con la que @Palmeiras se llevó el triunfo ante @CCP1912oficial en los Octavos de Final de la CONMEBOL #Libertadores. #GloriaEterna pic.twitter.com/KQGChAkyMx

— CONMEBOL Libertadores (@Libertadores) June 30, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Laluan skuad kendalian Abel Ferreira itu terbentang luas hasil permainan 90 minit, tetapi mereka memerlukan sejam untuk mendahului perlawanan yang menyaksikan Rony menanduk masuk hantaran lintang Gustavo Scarpa.
Selepas pengesahan video bantuan pengadil (VAR) dan beberapa kawalan bola individu menarik daripada Raphael Veiga untuk membuka gerakan kepada Scarpa, Rony menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-69.
Murilo kemudian menambah derita tuan rumah apabila gilirannya pula menanduk dari jarak dekat ketika menyambut tendangan sudut untuk jaringan ketiga perlawanan pada minit ke-87.
Palmeiras melebarkan rekod 19 perlawanan tanpa kalah berturut-turut dalam Libertadores dan memburu kejuaraan hatrik sejak Independiente merangkul empat kejuaraan berturut-turut di antara 1972 dan 1975.
#Palmeiras #Copa Libertadores