ATHLETIC 3 BARCA 2

Buat pertama kalinya sejak 2010 Barcelona gagal mara ke suku akhir Copa del Rey selepas tumbang 2-3 kepada Athletic Bilbao, awal pagi tadi.


Dua gol sumbangan ketua pasukan, Iker Muniain, memastikan tuan rumah memadam sisa kebangkitan barisan kendalian Xavi Hernandez itu dan pengurus tersebut mengakui segala-galanya tidak begitu menjadi buah anak buahnya/

“Secara ringkasnya, saya rasa keamatan Athletic mengatasi kami,” kata pengurus itu.

"Dalam perebutan bola, juga mendapatkan bola kedua. Pemain lawan berusaha untuk merebutnya seolah-olah ia adalah peluang yang terakhir."

Athletic mendahului menerusi Muniain dan Inigo Martinez, tetapi jaringan Ferran Torres -- yang turun dalam perlawanan pertama untuk Barcelona -- dan Pedri mengheret permainan ke masa tambahan.

Selepas sepakan penalti yang disudahi Muniain di penghujung babak pertama masa tambahan gara-gara Jordi Alba dipersalahkan kerana bola terkena tangannya, Athletic tidak menoleh ke belakang lagi.

"Sebaik jaringan Pedri ia, ia seolah-olah ia adalah detik kemenangan kami," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.





"Namun, ia ternyata meleset apabila Athletic kembali mendapat momentum.

"Kami perlu mengubah dinamik."

Xavi bakal kehilangan sebilangan pemain akibat kecederaan termasuk Ansu Fathi yang hanya bertahan selama setengah jam sebelum terpaksa dikeluarkan akibat hamstring, namun dia menuntut semua pihak supaya terus berjuang.

Bercakap kepada Barca TV, Xavi berkata: "Kami perlu terus mempercayai projek ini, teruskan usaha dalam LaLiga dan Liga Europa. Inilah sahaja caranya, teruskan dan bekerja keras."