Copa America: Venezuela tersingkir selepas tewas kepada Peru

Muzaffar Musa
Jun 28, 2021 04:22 MYT
VENEZUELA 0 PERU 1
Venezuela tersingkir daripada saingan Copa America selepas tewas 0-1 di tangan Peru dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Brasilia hari ini.
Memulakan perlawanan itu selaku pasukan di tangga kelima daripada lima pasukan dalam Kumpulan B, Venezuela perlu memperoleh keputusan yang lebih baik berbanding Ecuador, yang menentang Brazil pada waktu yang sama, pada ketika lawan mereka, Peru, berada di kedudukan lebih selamat untuk ke suku akhir.
Bagaimanapun, pasukan kendalian Jose Peseiro itu tewas menerusi gol tunggal jaringan Andre Carrillo dalam babak kedua, pada ketika Ecuador pula mengikat Brazil 1-1 untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati.
Ia bermakna Venezuela terpaksa akur tersingkir awal dalam edisi kali ini selepas hanya mengumpulkan dua mata daripada empat perlawanan peringkat kumpulan.
Kemenangan itu meletakkan Peru sebagai naib juara Kumpulan B di belakang Brazil dan akan bertemu pasukan di tangga ketiga Kumpulan A selepas saingan peringkat kumpulan itu tamat pagi esok.

¿Cuántos goles tengo en esta CONMEBOL Copa América? 2⃣✌@18andrecarrillo, el goleador de Perú en el torneo ???#VibraElContinente #CopaAmérica ? pic.twitter.com/vahD1re4kU

— Copa América (@CopaAmerica) June 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Peru #Venezuela #Copa America