Copa America: Venezuela bangkit ikat Ecuador

Muzaffar Musa
Jun 21, 2021 01:28 MYT
VENEZUELA 2 ECUADOR 2
Gol waktu kecederaan daripada pemain gantian, Ronald Hernandez, menyaksikan Venezuela bangkit mengikat Ecuador 2-2 dalam aksi dramatik Copa America hari ini.
Skuad kendalian Jose Peseiro itu kelihatan bakal menanggung kekalahan kedua daripada tiga perlawanan selepas Gonzalo Plata menyertai Ayrton Preciado dalam senarai penjaring Ecuador, biarpun Edson Castillo untuk seketika menyamakan kedudukan buat Venezuela sebelumnya.
Bagaimanapun, Hernandes menanduk masuk bola pada waktu terakhir perlawanan di Rio de Janeiro itu untuk menghidupkan peluang pasukannya melayakkan diri ke pusingan kalah mati.
Kemenangan itu juga membenarkan Venezuela menambah satu lagi mata selepas terikat 0-0 dengan Colombia dalam perlawanan sebelumnya.
Seterusnya, Ecuador akan beraksi menentang Peru di Goiania, Khamis ini manakala Venezuela pula perlu menunggu sehingga hujung minggu ini untuk melengkapkan saingan peringkat kumpulan, juga menentang Peru, di Brasilia.

#CopaAmérica ? ⚽ ¡Empate agónico! Ronald Hernández llegó sin marca y metió un buen cabezazo para que la @SeleVinotinto iguale el encuentro ?? Venezuela ? Ecuador ??#VibraElContinente #VibraOContinente pic.twitter.com/UXF36PLjfN

— Copa América (@CopaAmerica) June 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Ecuador #Venezuela #Copa America