Copa America: Tite puji aksi lima bintang Neymar

Ammar Hakim
Jun 14, 2021 05:04 MYT
Ketua jurulatih Brazil, Tite memuji Neymar setelah superstar itu mencetus inspirasi kepada juara bertahan Copa America untuk menang 3-0 menentang Venezuela dalam aksi pembukaan, sebentar tadi.
Neymar meledak satu gol dan terlibat dalam dua gol ketika Brazil memulakan kempen mempertahan kejuaraan dengan bergaya di Brasilia.
Marquinhos membuka jaringan hasil hantaran Neymar menerusi sepakan sudut pada minit ke-23 sebelum dia menggandakan jaringan dengan menyempurnakan sepakan penalti dalam separuh masa kedua.
Ia merupakan gol Neymar yang ke-67 di peringkat antarabangsa -- hanya ketinggalan 10 di belakang rekod yang dipegang Pele. Sejak melakukan debut bersama Brazil pada Ogos 2010, penyerang Paris Saint-Germain itu telah menjaringkan lebih daripada 48 gol berbanding rakan senegaranya.
Neymar kemudian bijak melakukan lorongan buat pemain gantian, Gabriel 'Gabigol' Barbosa, melengkapkan jaringan pasukan dan Tite enggan membuat perbandingan dengan pemain hebat Brazil, Ronaldo dan Romario.

NEY TÁ ON! Goleiro para um lado, bola para o outro e mais um gol do nosso camisa 10 ? ?? 2x0 ?? | #BRAxVEN #VibraoContinente Foto: Lucas Figueiredo / CBF pic.twitter.com/CwziSXEaOQ

— CBF Futebol (@CBF_Futebol) June 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ketika Neymar sihat secara fizikal dan mental, perkara baik berlaku," kata Tite kepada wartawan.
"Apabila anda mempunyai pemain dengan kualiti teknikal yang dimilikinya, anda memperoleh kemampuan bantu, dengan kaki kiri atau kaki kanan, dan dia menjadi pemain yang tidak dapat diramalkan.
"Adalah tidak adil membandingkan pemain dari era yang berbeza, kerana pemain generasi saya adalah luar biasa, Neymar juga luar biasa, dan beberapa ketika yang lalu Ronaldo dan Romario juga luar biasa.
"Ada tahap dan momen yang berbeza, jadi anda harus berhati-hati untuk tidak membandingkannya."

7 - Neymar has created seven chances in the victory 3-0 against Venezuela; the most by any Brazilian player in the Copa América since he debuted in the National Team. Brain. pic.twitter.com/oT9hcyk70Y

— OptaJoao (@OptaJoao) June 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Neymar #Brazil #Marquinhos #Venezuela #ronaldo #Tite #Pele #Copa America #Romario #Gabriel 'Gabigol' Barbosa