Copa America: Tite akui Neymar mampu kejar rekod jaringan Pele

Ammar Hakim
Jun 18, 2021 06:06 MYT
Neymar meledak gol keempat berturut-turut di peringkat antarabangsa dalam usaha mengejar rekod jaringan sepanjang zaman dipegang Pele dan ketua jurulatih, Tite, berkata tiada had dalam kemampuan bintang itu.
Neymar menjaringkan satu gol dan memainkan peranan penting dalam tiga gol juara bertahan itu mengatasi Peru 4-0 untuk menjadikan kemenangan kedua daripada dua perlawanan Copa America.
Jaringan Neymar merupakan yang ke-68 di peringkat antarabangsa, kedua tertinggi buat Brazil, hanya di belakang legenda Selecao, Pele (77).
Sejak debut pada 2010, Neymar meledak lebih 49 gol daripada mana-mana rakan sepasukan sejak itu.
"Saya tidak tahu sampai mana Neymar mampu capai," kata Tite. "Daripada segi kemampuan teknikal, saya sangat berharap dia sentiasa sihat dan tidak cedera."
Neymar kelihatan penuh emosi ketika dia bercakap dengan media, mengeluarkan air mata kerana melangkah lebih dekat dengan catatan Pele.
"Saya tidak melihat temubual itu, tetapi saya tahu dia terharu," kata Tite.
Sejak Tite mengambil alih Brazil pada 2016, Selecao menjaringkan dua gol dalam setiap 37 daripada 56 perlawanan.

37 - Brazil, with the 4-0 win vs Peru, has scored 2+ goals in 37 out of the 56 games under Tite; 66% of the games scoring more than one goal (W36 D1). Abundance. pic.twitter.com/4PgXzQfLE3

— OptaJoao (@OptaJoao) June 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Brazil #Peru #Paris Saint-Germain #Alex Sandro #Copa America