Ketua jurulatih Argentina Lionel Scaloni menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan fizikal pemainnya sambil menekankan betapa pentingnya Lionel Messi setelah La Albiceleste menempah tempat ke suku akhir Copa America.

Papu Gomez merupakan wira Argentina, dengan jaringan pada minit ke-10 memastikan kemenangan 1-0 ke atas Paraguay awal pagi tadi dan memperoleh tempat ke suku akhir Copa America.



Tiada rehat buat bintang serta kapten, Messi, yang menyamakan rekod Javier Mascherano untuk penampilan terbanyak bersama Argentina dengan kap yang ke-147.

Messi tidak terlepas sebarang minit dalam tiga perlawanan Kumpulan A bersama Argentina setakat ini, melakukan 74 sentuhan ketika bertemu Paraguay.


"Kenyataannya adalah bahawa Messi telah bermain setiap perlawanan dan sangat sukar untuk tidak menurunkannya, walaupun dia kepenatan, dia terus melakukan sesuatu utuk pasukan," kata Scaloni.

"Kami melakukan beberapa pertukaran dalam perlawanan ini dan berjaya memperoleh tiga mata."