Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni, memuji Lionel Messi selepas La Albiceleste mengecap kejayaan merangkul Copa America 2021.

Scaloni turut mendedahkan pemain berusia 34 tahun itu beraksi dalam perlawanan separuh akhir dan final dengan kecederaan.

Lionel Messi menjaringkan empat gol dalam lima assist dalam Copa America 2021 ketika Argentina menamatkan penantian 28 tahun itu merangkul gelaran antarabangsa. Berikutan kemenangan 1-0 ke atas Brazil, Scaloni mendedahkan Messi tidak cergas sepenuhnya dalam separuh akhir dan final.

Walaupun Lionel Messi tidak begitu berkesan seperti dalam aksi final berbanding perlawanan terdahulu, rakan sepasukannya memastikan penantian gelaran di peringkat antarabangsa buat Messi berakhir.

"Jika anda mengetahui bagaimana Messi beraksi dalam Copa America sudah pasti akan lebih sukakannya. Anda tidak boleh beraksi tanpa pemain sepertinya, walaupun tidak cergas sepenuhnya dalam perlawanan final serta separuh akhir. Pada penghujungnya dia tidak berputus asa dan berjaya," kata Scaloni.

Scaloni terus memberikan pujian buat Messi, menggangap dia sebagai 'pemain bola terbaik sepanjang zaman' sambil mengakui pencarian pemain berusia 34 tahun itu dengan Argentina sudah berakhir.

"Kami bercakap mengenai pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman dan semua orang mengetahui betapa pentingnya dia memenangi gelaran dengan pasukan kebangsaan," katanya.