Copa America: Peru hidupkan peluang selepas benam Colombia

Muzaffar Musa
Jun 21, 2021 03:12 MYT
COLOMBIA 1 PERU 2
Peru menghidupkan peluang mereka dalam kempen Copa America selepas menewaskan Colombia 2-1 di Goiania hari ini.
Colombia menguasai penuh permainan tetapi kekurangan kualiti di bahagian serangan manakala Peru bijak merebut peluang untuk membuka jaringan menerusi Sergio Pena pada minit ke-17.
La Tricolor, yang mengutip empat mata daripada dua perlawanan terakhir, menyamakan kedudukan dalam babak kedua apabila Miguel Borja menyempurnakan sepakan penalti selepas dijatuhkan penjaga gol, Pedro Gallese, pada minit ke-53.
Bagaimanapun, Peru -- yang dibelasah 0-4 oleh juara bertahan, Brazil, dalam perlawanan pembukaan, lebih bernasib baik apabila bola yang didada Yerry Mina daripada sepakan sudut lawan berakhir ke gawang sendiri tanpa dapat diselamatkan penjaga gol, David Ospina, pada minit ke-64.
Dengan kemenangan itu, Peru kini melonjak ke tangga ketiga Kumpulan B, di mana empat daripada lima pasukan akan layak ke pusingan berikutnya.
Colombia dijadualkan untuk berdepan Brazil pada Khamis ini manakala Peru pula akan bertemu Ecuador pada hari yang sama.

#CopaAmérica ? ?? Colombia 1 ? 2 Perú ?? ⏱️ 75’ ⚽ ?? Sergio Peña (16’) ⚽ ?? Miguel Borja -p- (53’) ⚽ ?? Yerry Mina -e/c- (64’)#VibraElContinente #VibraOContinente pic.twitter.com/S9wpStqiVv

— Copa América (@CopaAmerica) June 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Colombia #Peru #Copa America