Jaringan penalti yang disempurnakan penyerang Uruguay, Edinson Cavani, memastikan kemenangan 1-0 ke atas Paraguay sekaligus memberikan tiket ke suku akhir saingan Copa America.

Dalam aksi peringkat kumpulan terakhir, jaringan penyerang Manchester United, Cavani mengangkat Uruguay dari tempat keempat kepada kedua, mengelak pertemuan pusingan 16 dengan tuan rumah serta juara bertahan, Brazil.

Paraguay hadir ke dalam pertandingan mencari kemenangan Copa yang pertama sejak 1947, bakal bertemu Peru selepas menamatkan saingan di tempat ketiga.

Apa yang menjadi lebih buruk buat La Albirroja, pemain tengah berpengaruh Paraguay, Miguel Almiron mengalami kecederaan dan mungkin terlepas saingan suku akhir.