Lionel Messi bakal memimpin Argentina ke final Copa America namun menyedari ia adalah peluang terakhir untuk merangkul trofi bersama La Albiceleste -- dan menamatkan badi bertemu Brazil bakal menjadi kejuaraan paling manis baginya.

Messi memegang rekod jaringan dan penampilan paling banyak buat Argentina, dan karier di peringkat kelab bersama Barcelona sudah memahat legasi dalam dunia bola sepak.

Tetapi masih lagi kekecewaan sepanjang beraksi untuk Argentina, apabila Messi masih lagi gagal meraih sebarang kejohanan di peringkat antarabangsa. Ia merupakan perkara terakhir yang diperlukan untuk memisahkan dirinya dengan pemain lain dalam perdebatan pemain terbaik sepanjang zaman.

Cristiano Ronaldo, Pele, Diego Maradona -- mereka telah menikmati kejayaan di peringkat antarabangsa, dan ketika ia sesuatu yang tidak adil jika dibandingkan dengan Messi kerana tiada penghargaan diraih bersama Argentina, ia sentiasa menjadi satu perkar yang menjatuhkan kredibilitinya selepas apa yang dilakukan mewakili Barca.



Bukannya Messi tidak pernah ke final -- ia merupakan yang kelima buat Messi bersama Argentina, dan dia telah tewas empat daripadanya, tetapi adakah Argentina bakal dilihat sebagai pilihan Piala Dunia tahun depan? Mungkin tidak.

Sekarang atau tidak selamanya, dan halangan Messi adalah bekas rakan sepasukannya, Neymar, yang bakal beraksi dalam pentas final buat pertama kali bersama Brazil.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) cemerlang sepanjang kejohanan, dan dengan harapan untuk terus memperbaiki sentuhan di hadapan jaringan.