Paraguay perlu menamatkan rekod buruk mereka bertemu Peru seandainya mahu menempah tempat ke separuh akhir Copa America.

Skuad kendalian Eduardo Berizzo itu tidak pernah menang sepanjang tujuh pertemuan lalu dengan Peru selepas kali terakhir memenangi satu perlawanan persahabatan pada November 2014.

Kekalahan 1-0 kepada Uruguay dalam perlawanan terakhir Kumpulan A bermakna Paraguay menamatkan saingan itu ditempat ketiga hasil enam mata daripada empat perlawanan.

Mereka berdepan tamparan hebat dalam perlawanan itu apabila perancang utama, Miguel Almiron, terpaksa dipapah keluar kerana kecederaan.

Status pemain Newcastle itu akan ditentukan menjelang perlawanan di Estadio Olimpico Pedro Ludovico, Goiania pagi esok dengan Oscar Romero dan Andres Cubas antara yang boleh dipilih sebagai penggantinya dalam kesebelasan utama.

Peru, dalam pada itu, menamatkan saingan Kumpulan B dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Venezuela.

Walaupun gagal mempamerkan prestasi terbaik, skuad kendalian Ricardo Garcia itu layak diberikan pujian apabila menewaskan Colombia untuk menamatkan saingan peringkat kumpulan selaku naib juara.