David Ospina menafikan dua percubaan dalam penentuan penalti untuk membenarkan Colombia mengatasi Uruguay dan mara ke separuh akhir Copa America awal pagi tadi.

Selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam tempoh 90 minit, Los Cafeteros menyempurnakan keempat-empa pena;t sementara Ospina menafikan dua percubaan daripada Jose Gimenez dan Matias Vina.

Ia menyaksikan Colombia meraikan kemenangan dalam pertemuan yang sukar, pertembungan fizikal di Brasilia selepas Los Cafeteros bergelut mendapatkan tempat dalam suku akhir.

Uruguay mara ke suku akhir selepas menang dua perlawanan , sementara Colombia tewas dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan.