Copa America: Neymar bintangi Brazil atasi Peru

Ammar Hakim
Jun 18, 2021 05:54 MYT
BRAZIL 4 PERU 0
Brazil melanjutkan kemenangan mereka kepada sembilan perlawanan dan menjadikannya dua kemenangan daripada dua perlawanan untuk memulakan Copa America dengan kemenangan 4-0 ke atas Peru pagi tadi.
Alex Sandro membuka jaringan buat juara bertahan sebelum Neymar menambah jaringan pada minit ke-68, menjadikan gol yang keempat berturut-turut buat Selecao.
Ia adalah gol yang ke-68 Neymar di peringka antarabangsa buat ketika penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu merapatkan jurang dengan rekod jaringan Brazil yang dipegang Pele (77).
Everton Ribeiro dan Richarlison melengkapkan kemenangan di penghujung perlawanan di Rio de Janeiro, di mana keputusan yang cemerang terus dihasilkan Brazil di bawah kendalian Tite, selepas tidak bolos sebarang jaringan dalam enam perlawanan.

SOLTA O GRITO! O homem lutou até o fim pra fazer mais um gol com a Amarelinha. Tá voando ? ?? 2x0 ?? | #BRAxPER #VibraoContinente Foto: Lucas Figueiredo / CBF pic.twitter.com/ee6FK8DvjL

— CBF Futebol (@CBF_Futebol) June 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Brazil #Peru #Paris Saint-Germain #Alex Sandro #Copa America