Penyerang Colombia, Luis Muriel, menjangkakan Venezuela bakal menjadi lawan yang sukar ketika skuad kendalian Reinaldo Rueda mencari peluang untuk meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Copa America.

Edwin Cardona meledak gol tunggal ketika Colombia memulakan saingan dengan kemenangan 1-0 ke atas Ecuador.

Los Cafeteros dijangka meraih kemenangan apabila bertemu Venezuela di Goiania.

Colombia tidak pernah tewas kepada Venezuela sejak Copa America 2015 dan berdepan masalah ketiadaan pemain utama selepas skuad dihimpit penularan coronavirus sebelum tewas 3-0 kepada Brazil.

Tetapi Muriel kagum dengan persembahan Venezuela, dan tidak menjangkakan Colombia memiliki laluan mudah.

"Perlawanan bertemu Ecuador adalah sukar, permukaan padang membantu kami sedikit," kata Muriel.

"Venezuela membuktikan di sebalik yang mereka hadapi mereka bermain baik bertemu Brazil dan kami menjangkakan perlawanan yang sukar.

"Saya berusaha setiap hari untuk bertambah baik, kami mahu terus membina pasukan yang berkualiti. Kami akan mencari kemenangan untuk mara ke peringkat berikutnya."