Argentina telah memenangi Copa America kali pertama sejak 20 tahun yang lalu dan memberikan kejuaraan di pentas antarabangsa pertama buat Lionel Messi.

Penyerang Paris Saint-Germain, Ángel Di María, menjaringkan gol tunggal ketika menang 1-0 ke atas Brazil. Kemudian, pemain berusia 33 tahun itu bercakap dengan media mengenai emosi yang dirasaikan selepas wisel penamat ditiupkan.

"Kami telah banyak mengimpikan kejayaan, berjuang dengan begitu banyak. Ramai yang mengkritik kami. Kami terus ke hadapan dan hari ini, kejayaan yang cukup manis sekali. Mengatasi Brazil, meraih gelaran buat Argentina. Kami datang dan mesti menang, kami berjaya melakukannya," kata Di María.

Penyerang Argentina itu juga menceritakan saat dia dan Messi setelah mereka menyedari bahawa mereka akhirnya memenangi Copa America.

"Satu saat yang tidak dapat dilupakan apabila menjadi juara bersama Lionel Messi, dia berkata terima kasih, saya pula membalas terima kasih, dia memberitahu saya ini adalah pengakhiran baginya, dendam yang terbalas terhadap apa yang berlaku di Chile, di Piala Dunia,” kata Di María.