Lionel Messi memuji Emiliano Martinez setelah penjaga gol Argentina itu menyelamatkan tiga penalti untuk memimpin La Albiceleste ke final Copa America.

Selepas aksi separuh akhir bertemu Colombia berakhir 1-1 tanpa masa tambahan, Martinez bertindak sebagai wira dalam penentuan penalti, menafikan percubaan daripada Davinson Sanchez, Yerry Mina dan Edwin Cardona selepas Argentina mara ke final untuk bertemu juara bertahan, Brazil.



Penalti diperlukan selepas jaringan pembukaan Lautaro Martinez pada minit ketujuh dinafikan pemain sayap, Colombia, Luis Diaz di Brasilia.

Messi berpeluang untuk menjuarai gelaran di peringkat antarabangsa buat pertama kali selepas Argentina menyasarkan kejuaraan pertama sejak 1993, dan kapten itu memuji persembahan Emiliano Martinez selepas tamat perlawanan.


"Terdapat seketika, perlawanan menjadi sukar," kata Messi. "Tetapi kami memiliki Emi yang mempamerkan aksi penuh fenomena dalam perlawanan ini.

"Kami mempercayainya. Kami mencapai matlamat untuk dapat bermain setiap perlawanan dan sekarang kami akan ke final.

"Ia sangat sukar, tetapi kami berhak kerana kami menginginkannya.

"Piala terakhir, pasukan ini sudah menjadi kuat dan meninggalkan imej yang bagus. Sekarang kami akan ke final."