ARGENTINA 1 COLOMBIA 1
(Argentina ke final selepas menang penentuan penalti 3-2)

Argentina dan Lionel Messi akan menentang Brazil dalam final Copa America selepas mengatasi Colombia secara dramatic 3-2 dalam penentuan penalti, terima kasih kepada aksi penuh cemerlang penjaga gol, Emiliano Martinez.

Tanpa masa tambahan, pertemuan separuh akhir itu terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas gol Luis Diaz pada minit ke-61 memadamkan jaringan pembukaaan Lautaro Martinez buat Argentina dalam babak pertama di Brasilia hari ini.

Martinez muncul wira dalam penentuan itu apabila menyelamatkan tiga sepakan penalti untuk membawa juara 14 kali, Argentina -- yang memburu kejuaraan pertama sejak 1993 -- ke final dan akan mencongak perhitungan blokbuster dengan seteru tradisi, Brazil, hujung minggu ini.