Copa America: Kesempurnaan tidak wujud, kata Tite selepas rekod kemenangan Brazil musnah

Muzaffar Musa
Jun 28, 2021 08:36 MYT
Ketua jurulatih Brazil, Tite, berkata "kesempurnaan tidak wujud" sebaik rekod 10 kemenangan berturut-turut Selecao ditamatkan susulan terikat 1-1 dengan Ecuador dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Copa America hari ini.
Neymar direhatkan dalam aksi terakhir Kumpulan B itu di mana juara bertahan berkenaan mempamerkan aksi mengecewakan untuk diikat Ecuador di Estadio Olimpico Pedro Ludovico.
Gol antarabangsa pertama Eder Militao meletakkan Brazil di depan pada minite ke-37 sebelum Angel Mena memastikan satu mata berharga buat Ecuador lapan minit selepas babak kedua bersambung.
Tite memburu rekod kemenangan baru dalam sejarah Brazil -- bagi mengatasi rekod 14 kemenangan berturut-turut yang dilakukan di bawah kendalian jurulatih legenda, Mario Zagallo -- tetapi pasukannya terpaksa berpuas hati dengan sekadar satu mata dalam perlawanan terbaru itu.
"Untuk berkata anda tidak boleh melakukan kesilapan bukanlah sesuatu yang logik, kesempurnaan itu tidak wujud. Apa yang kami perlu lakukan adalah meminimumkan jurang kesilapan sebagai satu pasukan." kata Tite selepas perlawanan itu.
"Apabila kita bercakap mengenai keampuhan pertahanan dan apabila kita bercakap mengenai penghasilan permainan, kita perlu mencari titik keseimbangan tanpa terlalu bertahan atau terlalu menyerang.
"Sewaktu perlawanan, terdapat banyak cara berbeza untuk bermain, dominasi adalah ketika anda memiliki bola dan anda mencuba untuk menyerang, mengawal apabila anda mundur ke belakang, anda tidak memiliki bola dan pihak lawan tidak mendatangkan bahaya.
"Jadi, untuk bermain dalam perlawanan sukar, kami perlu mencari keseimbangan di antara dominasi dan kawalan," katanya.

3 - Brazil are the only team to have scored more than one headed goal in the Copa América 2021 (3). Éder Militão's goal was the third consecutive goal the Brazilian National Team scored with a header. Flying. pic.twitter.com/9emyVh2hJU

— OptaJoao (@OptaJoao) June 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Brazil #Tite #Copa America