Penyerang Inter Milan, Alexis Sanchez, berdepan terlepas saingan peringkat kumpulan Copa America 2021 bersama Chile berikutan dilanda kecederaan kaki ketika menjalani latihan.

Chile mengesahkan perkembangan itu bahawa pemain berusia 32 tahun itu mengalami kecederaan yang akan meyisihkannya di peringkat kumpulan kejohanan.

Walaupun mengalami prestasi turun naik di Inter, Sanchez tetap dianggap wira pasukan kebangsaan sejak membuat penampilan sulungnya di peringkat antarabangsa pada April 2006.

Penyerang serba boleh itu telah mengumpul 136 penampilan bersama Chile dengan koleksi 46 gol dan 39 bantuan jaringan.

Catatan itu mengangakatnya sebagai pemain terbanyak pernah negaranya dan merupakan penjaring terbanyak selain membantu Chile menjuarai Copa America pada 2015 dan 2016.

Walaupun sebahagian besar kempen 2020/21 menyaksikannya sebagai sebagai pilihan kedua di belakang Lautaro Martinez , dia masih diberi keempatan dalam 30 perlawanan Serie A di bawah asuhan Antonio Conte dengan meledak tujuh gol.

Bagaimanapun, bekas bintang Arsenal dan Manchester United itu tidak akan dapat membantu skuad kendalian Martin Lasarte berkenaan bagi menghadapi tugas berat dalam Kumpulan A, Copa America.



Chile akan menentang Argentina, Bolivia, Paraguay, dan Uruguay dalam kejohanan benua itu tanpa pemain utama, kata pasukan kebangsaan.

"Sebaik habis sesi latihan semalam, barisan ahli perubatan pasukan kebangsaan Chile melaporkan Alexis Sanchez mengalami kecederaan otot tipis," kata kenyataan rasmi daripada Chile itu.

"Pemulihannya dianggar selepas peringkat kumpulan Copa America 2021 dan dia menjalani proses pemulihannya di Chile di samping pasukan perubatan pasukan kebangsaan."

Kehilangannya itu merupakan lanjutan masalah fizikalnya yang menyaksikannya hanya membuat enam penampilan bersama pasukan kebangsaan dalam tempoh dua tahun terakhir.

Kempen Copa America di Chile akan bermula Selasa ini apabila berdepan pasukan yang diterajui Lionel Messi, Argentina, di Estadio Olimpico Nilton Santos di Rio de Janeiro.