COLOMBIA 3 PERU 2

Colombia mengatasi Peru 3-2 dalam penentuan tempat ketiga Copa America hasil jaringan dalam masa kecederaan daripada Luis Diaz.

Pemain sayap Porto, Diaz, yang meletakkan Colombia 2-1 di tengah separuh masa kedua, melengkapkan pada minit ke-94 menerusi percubaan jarak jauh.



Ia terhasil 12 minit selepas jaringan penyamaan Gianluca Lapadula, selepas Juan Cuadrado menafikan jaringan pembukaan Yoshimar Yotun, dengan perlawanan dijangka dibawa ke penentuan penalti.

Namun Diaz memastikan tempat ketiga milik Colombia tanpa sebarang drama, melengkapkan kempen cemerlang skuad kendalian Reinaldo Rueda, yang turut memperoleh peluang membalas dendam ke atas kekalahan dalam peringkat kumpulan.