Dalam aksi final impian pemain bola sepak, Argentina menuju ke perlawanan terakhir Copa America 2021 bertemu Brazil berikutan kemenangan penentuan penalti ke atas Columbia.

Terdahulu, tuan rumah da penyandang juara, Brazil mengatasi Peru menerusi jaringan tunggal untuk selangkah dalam usaha mempertahankan kejuaraan.

Ia merupakan Copa America yang ke-47. Kejohanan tertua bola sepak itu telah dilangsungkan tanpa kehadiran penonton ekoran pandemik COVID-19.

Lebih-lebih lagi, Brazil pada awalnya tidak sepatutnya menjadi tuan rumah edisi kejohanan ini. Mereka menggantikan Colombia dan Argentina yang menarik diri atas alasan yang berbeza.

Bagaimanapun, Argentina dan Brazil cemerlang di peringkat kumpulan. Mereka berjaya mara ke pusingan kalah mati dan ke final yang bakal berlangsung di Stadium Maracana di Rio de Janeiro, di mana bilangan terhad penonton akan menghadiri perlawanan tersebut.


Menjelang perlawanan antara Brazil dan Argentina esok, mari kita lihat lima fakta menarik yang melibatkan kedua-dua pasukan.

#5 Argentina mara lebih banyak ke final Copa America berbanding mana-mana negara

Argentina telah mara ke final Copa America lebih banyak daripada negara lain yang pernah beraksi dalam kejohanan berusia 105 tahun itu.

Berikutan kemenangan menerusi penentuan penalti ke atas Columbia dalam separuh akhir, Argentina mara ke final Copa America untuk kali ke-29, iaitu lapan kali lebih banyak daripada negara terbaik berikutnya (Uruguay).

La Albiceleste tewas empat aksi final Copa America, sesuatu yang mahu mereka ubah ketika berdepan Brazil di Maracana.

#4 Argentina ketinggalan satu gelaran menyertai Uruguay sebagai pasukan paling berjaya dalam sejarah Copa America

Salah satu daripada enam pasukan yang telah memenangi beberapa gelaran Copa America, Argentina (14) hanya kurang satu daripada Uruguay untuk gelaran terbanyak dalam pertandingan bola sepak antarabangsa tertua dunia itu.

Sejak kemenangan terakhir mereka dalam Copa America 1993, La Albiceleste gagal merangkul gelaran utama. Mereka tewas dalam lima final -- empat dalam Copa America dan satu Piala Dunia FIFA.

#3 Lionel Messi hanya perlukan dua gol untuk menjadi pemain Amerika Selatan paling prolifik di pentas antarabangsa.

Kapten Argentina, Lionel Messi mencetus inspirasi pasukannya dalam saingan Copa America 2021.

Dengan empat gol dan lima assist, pemain berusia 34 tahun itu mendahului kedua-dua carta saingan. Jaringan terbarunya, sepakan percuma ketika mengatasi Ecuador 3-0 dalam suku akhir -- meletakkan dia (76) di belakang Pele dengan satu jaringan.

#2 Brazil tidak pernah tewas dalam perlawanan kompetitif bertemu Argentina hampir tiga dekad

Brazil dan Argentina mempunyai persaingan paling hebat dalam bola sepak antarabangsa. Dalam lebih daripada 100 pertemuan dalam semua pertandingan antara kedua-dua pasukan, Selecao telah mengalahkan Albiceleste sebanyak 46 kali dan kalah dalam 40 kali.

Walaupun Brazil telah tewas dua daripada tiga pertemuan terakhir dengan Argentina, kedua-dua kekalahan itu berlaku dalam aksi persahabatan. Selecao tidak pernah kalah dalam pertandingan kompetitif menentang Albiceleste sejak suku akhir Copa America 1993, yang mereka tewas menerusi penalti.

#1 Brazil tidak pernah tewas Copa America yang mereka anjurkan

Brazil memiliki kebanggaan dalam menganjurkan Copa America. Dalam lima kejohanan terdahulu yang dianjurkan Selecao, bermula dari 1919, mereka bergelar juara dalam semua edisi.