URUGUAY 2 JEPUN 2

Koji Miyoshi menjaringkan gol buat pasukan jemputan, Jepun, untuk seri 2-2 dengan Uruguay dalam saingan Copa America di Porto Alegre.


Miyoshi dua kali meletakkan Jepun di depan tetapi pasukan jemputan itu gagal untuk mempertahankan kelebihan itu selepas Uruguay bangkit dua kali menerusi Luis Suarez dan Jose Gimenez.

Selepas Miyoshi membuka tirai jaringan, Uruguay diberikan sepakan penalti pada minit ke-32 setelah ulang tayang VAR menyaksikan Naomichi Ueda melakukan kekasaran terhadap Edinson Cavani.

Miyoshi mengembalikan kelebihan Jepun 14 minit selepas perlawanan bersambung dalam separuh masa kedua, namun Uruguay bangkit buat kali kedua hasil tandukan Gimenez pada minit ke-66.

Suarez hampir meletakkan Uruguay di depan buat kali pertama dengan melakukan percubaan dari tengah padang dan hampir memalukan penjaga gol Jepun, Eiji Kawashima, namun usahanya sedikit melewati palang gol.