Copa America: Cavani bawa Uruguay ke suku akhir

Shaiful Shamsudin
Jun 25, 2021 01:12 MYT
BOLIVIA 0 URUGUAY 2
Edinson Cavani menemui sasaran penyudah ketika Uruguay menempah tempat ke peringkat kalah mati Copa America dengan kemenangan 2-0 ke atas Bolivia di Arena Pantanal, sebentar tadi.
Selepas tewas dalam perlawanan pembukaan kepada Argentina, anak buah Oscar Tabarez seri 1-1 dengan Chile dalam aksi seterusnya sebelum dapat menarik nafas lega dalam kempen mereka itu.
Kemenangan pertama dalam Kumpulan A itu sudah cukup untuk mereka menempah tempat ke tempat suku akhir.
Mereka bergelut dalam babak pertama selepas skuad kendalian Cesar Farias tersebut lebih gemar menutup ruang di kawasan sendiri, namun Uruguay masih berkesempatan memasuki bilik persalinan rehat dengan bekalan 1-0 gara-gara gol sendiri penjaga gol Bolivia, Carlos Lampe.
Lampe yang sebelum itu bertindak cemerlang tertampan bola ke gawang sendiri dalam usahanya menyekat hantaran umpanan leret Luis Suarez.

⏳ ❌ Final del partido en el estadio Arena Pantanal de Cuiabá.@laverde_fbf 0-2 @Uruguay #CopaAmérica pic.twitter.com/EVjtwU9COn

— Selección Uruguaya (@Uruguay) June 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
La Celeste kemudian mendominasi untuk meledak gol kedua 11 minit selepas permainan bersambung menerusi sentuhan pemusnah Cavani untuk memadam beberapa kekecewaannya pada awal permainan.
Suarez turut menguji pintu gol lawan dengan satu rembatan deras dari jarak 40 ela disusuli percubaan Rodrigo Bentacur.
Maxi Gomez seharusnya menjadi kedudukan Uruguay bertambah selesa tetapi dikecewakan dengan kegopohannya di depan gawang.
#Uruguay #Copa America 2021 #Edison Cavani