Brazil mempunyai sejarah baru-baru ini ketika mereka menentang Chile awal pagi esok, dengan tempat ke separuh akhir Copa America menjadi rebutan.

Penganjur kejohanan -- dan juara bertahan -- memenangi ketiga-tiga perlawanan pembukaan sebelum seri 1-1 dengan Ecuador.

Mereka mendahului kumpulan A dan bakal bertemu Chile, yang menamatkan saingan Kumpulan A di tempat keempat.

Juara 2015 dan 2016, Chile memenangi satu perlawanan dalam peringkat kumpulan, mengatasi Bolivia 1-0. Mereka merekodkan dua seri sebelum tewas 2-0 kepada Paraguay.

Skuad kendalian Tite menang empat daripada pertembungan dengan Chile dalam Copa America, dan ia dilihat sebagai jalan mudah buat mereka dalam usaha untuk melangke ke final di Rio de Janeiro.

Peru, yang diatasi Brazil 4-0 dalam peringkat kumpulan, atau Paraguay bakal menjadi lawan dalam separuh akhir, dan Brazil akan memasuki perlawanan dengan penuh keyakinan.

"Objektif yang ditetapkan adalah untuk prestasi dan hasil bagi peringkat kumpulan," kata Tite dalam sidang akhbar semalam.

"Kami mendapat tiga kemenangan dan satu seri; kami menggunakan semua pemain. Kami bersedia untuk apa yang akan datang dengan yakin. Objektif telah dicapai.

"Dalam perlawananyang menentukan itu, kami harus kuat dalam empat faktor: taktikal, teknikal, fizikal dan emosi. Sekiranya kami berada di tahap, kami lebih dekat dengan kemenangan."