Copa America: Brazil akhiri saingan peringkat kumpulan dengan seri

Ammar Hakim
Jun 28, 2021 02:14 MYT
Brazil menamatkan saingan Kumpulan B Copa America dengan seri 1-1 yang mengecewakan berdepan Ecuador sebentar tadi.
Dengan tempat dalam peringkat kalah mati telah diperoleh menjelang pertemuan di Estadio Olimpico Pedro Ludovico, Tite memilih untuk melakukan rombakan 10 pertukaran berbanding pasukan yang mengatasi Colombia tiga hari lalu, dengan mengekalkan kapten, Marquinhos dalam kesebelasan utama.
Eder Militao meletakkan Selecao mendahului sebelum tamat separuh masa pertama, tetapi Ecuador memperbaiki persembahan dan memperoleh satu mata menerusi Angel Mena.
Brazil bakal bertemu pasukan di tangga keempat Kumpulan A dalam suku akhir, sementara Ecuador akan bertemu juara kumpulan.

¡Grítalo, Ángel Mena! ???#VibraElContinente #CopaAmérica ? pic.twitter.com/bo2twHvQTF

— Copa América (@CopaAmerica) June 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Brazil #Ecuador #Copa America