Lionel Messi akhirnya menyempurnakan ramalan dengan memenangi trofi antarabangsa senior bersama Argentina.

Ia memerlukan lima penampilan dalam aksi final, tetapi dengan kemenangan 1-0 menentang Brazil, La Albiceleste berjaya memperoleh ketenangan apabila bergelar juara di Maracana.

Selepas tamat perlawanan, Leo dengan penuh emosi bercakap ketika sidang media, bercakap mengenai makna di sebalik meraih gelaran antarabangsa buat dirinya dan keluarga. Dia berkata, "Kebahagiaan yang saya rasakan hari ini tidak dapat digambarkan."

Dan bersambung, hampir tidak dapat menahan air mata kegembiraan, "Saya bermimpi saat ini berkali-kali."

Messi tidak terlepas menyanjung usaha rakan senegaranya, yang mengatakan bahawa mereka sanggup berperang demi Messi.

"Sejak Copa America yang lalu, jelas bahawa kumpulan ini sangat kuat dan bermotivasi. Kadang-kala saya terpaksa kalah di final, tetapi saya tahu hari ini akan tiba akhirnya."

Tambah lagi, "Saya berasakan tuhan telah mengaturkan saat ini untuk saya, berdepan Brazil dalam final di negara mereka.

"Saya sentiasa memikirkan tentang keluarga saya selepas perlawanan berakhir. Kami kecewa terlalu banyak sebelum ini. Kami akan bercuti dan beberapa hari yang awal dipenuhi dengan kesedihan. Kali ini ia akan berbeza.

Sebelum menamatkan sidang media, Messi berkata lagi, "Saya tidak percaya bahawa kami adalah juara. Sukar untuk mempercayai apa yang telah kami raih hari ini. Perlawanan ini akan kekal dalam sejarah, bukan hanya kerana kami menang, tetapi kami mengatasi Brazil di laman mereka sendiri."

Sumber: barcauniversal