Lionel Scaloni berkata Argentina mempamerkan aksi yang 'lebih garang' bagi menamatkan rentetan keputusan seri dengan kemenangan 1-0 ke atas Uruguay dalam saingan Copa America, awal pagi tadi.

Lionel Messi melakukan hantaran buat Guido Rodriguez menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-13 buat Argentina dalam saingan Copa America selepas seri 1-1 dalam aksi pembukaan dengan Chile.

Scaloni dibawah tekanan berikutan tiga seri, melepaskan kelebihan dua gol sebelum seri 2-2 dengan Colombia dalam aksi kelayakan Piala Dunia CONMEBOL diikuti seri 1-1 dengan Chile.

"Saya percaya bahawa pada perlawanan sebelumnya kami juga berhak menang, tetapi kerana kesalahan kecil kami hanya memperoleh seri," kata ketua jurulatih, Scaloni.

"Hari ini pasukan memberikan kemarahan tambahan sehingga mereka gagal menghasilkan jaringan dan membenarkan kmai menang, kami dapat menyerap asakan lawan. Kami bermain baik dalam serangan dan bertahan."


Messi dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan dua kali berturut-turut, menghasilkan assist di saat penting dalam perlawanan.

"Messi dan seluruh rakan sepasukan telah memberikan yang terbaik," kata Scaloni. "Dia berkomunikasi dengan baik dan setiap pemain memberikan komitmen sepanjang perlawanan.

"Mereka melakukannya demi jersi yang disarung dan negara."