Copa America: Argentina gagal pertahan kelebihan bertemu Chile -- Messi

Ammar Hakim
Jun 15, 2021 06:51 MYT
Lionel Messi berkata Argentina gagal mengawal permainan dengan baik ketika meratapi permukaan padang ketika seri 1-1 dengan Chile dalam saingan Copa America.
Messi menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dalam separuh masa pertama namun ia tidak cukup apabila Chile bangkit untuk menyamakan kedudukan dalam pertembungan Kumpulan A Rio de Janeiro awal pagi tadi.
Bintang serta kapten Argetina, Messi, melengkapkan sepakan percuma yang pertama buat La Albiceleste sejak November 2016 -- selepas 1,672 hari -- pada minit ke-33.
Bintang Chile, Arturo Vidal, diberikan sepakan penalti selepas diterjah keas oleh Nicolas Tagliafico selepas pengadil, Wilmar Roldan, dan percubaannya berjaya ditepis Emiliano Martinez sebelum Eduardo Vargas bingkas menanduk masuk reboung bagi menyamakan kedudukan.

1 - Lionel Messi has scored a direct free kick for Argentina after 1672 days: his last free kick goal had been against Colombia, on 15 November 2016, in the WC Qualifiers. Specialist. pic.twitter.com/VcBT7Jdeae

— OptaJoao (@OptaJoao) June 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya berasakan sepakan penalti dan menyamakan kedudukan memberikan mereka ketenangan, mereka mula mengendalikan bola, kami tidak dapat memilikinya dan permainan menjadi rumit bagi kami," kata Messi.
"Ketika kami mendahului, kami gagal mempertahankan kedudukan, permukaan padang tidak membantu kami dan kami gagal mengawal bola untuk bermain dengan pantas, ia memberikan peluang buat lawan menyamakan kedudukan. Saya tidak melihat ia sebagai satu penalti, tetapi ia mengubah polemik perlawanan."
"Kami mahu menang mendapatkan kemenangan, ia penting untuk menang," kata Messi. "Kami berdepan lawan yang sukar dan kini akan bertemu Uruguay, satu lagi perlawanan yang sukar dan seimbang.
"Ia merupakan dua perlawanan permulaan yang sukar, itu sebaba kami mahu menang hari ini."
#Lionel Messi #Chile #Argentina #Copa America