Copa America: Aksi magis bantu Messi cipta sejarah

Ammar Hakim
Jun 29, 2021 04:45 MYT
Lionel Messi mempamerkan aksi cemerlang dengan dua gol dan satu assist ketika mencipta sejarah dalam kemenangan 4-1 Argentina ke atas Bolivia dalam Copa America.
Messi menjadi pemain paling banyak membuat penampilan bersama Argentina selepas mengatasi rakan senegara, Javier Mascherano, dengan kap yang ke-148 di Cuiaba awal pagi tadi.
Messi menampilkan aksi penuh magis apabila meledak dua gol yang menjadikan jaringan di peringkat antarabangsa yang ke-75, sementara menghasilkan lorongan buat jaringan pembukaan dalam separuh masa pertama bagi aksi terakhir peringkat Kumpulan A.
Messi berjaya mencari Alejandro Gomez, yang membuka jaringan pada minit keenam, sebelum pemenang Ballon d'Or itu menyempurnakan penalti pada minit ke-33 sebelum mengatasi Carlos Lampe sekali lagi sembilan minit kemudian.

? ¡Se juntaron los amigos! Pase de Agüero, golazo de Messi ?? ¡Los disfruta @Argentina, los juntó @FCBarcelona! ?? #VibraElContinente pic.twitter.com/T3i4kCOA4a

— Copa América (@CopaAmerica) June 29, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Erwin Saavedra mengurang defisit jaringan buat Bolivia pada minit ke-60 namun Lautaro Martinez hadir dari bangku simpan mengembalikan kelebihan tiga jaringan buat Argentina untuk memastikan pertemuan suku akhir dengan Ecuador.
#Lionel Messi #Argentina #Bolivia #Copa America