Cools, Luqman dipanggil sertai Harimau Malaysia bertemu Jordan, Uzbekistan

Ammar Hakim
September 23, 2021 10:06 MYT
Pemain yang berpangkalan di Eropah, Dion Cools, Luqman Hakim Shamsudin dan Dominic Tan antara 24 pemain yang dipanggil mewakili Malaysia bagi aksi persahabatan antarabangsa bertemu Jordan dan Uzbekistan.
Pertahanan FC Midtjylland (Denmark), Cools dan bintang KV Kortrijk (Belgium), Luqman serta pertahanan kelab Thailand Police Tero, Dominic dilaporkan mengambil bahagian dalam aksi antarabangsa.
Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) mendominasi senarai skuad Harimau Malaya dengan lima pemain, diikuti Selangor FC (empat) sementara KL City serta Terengganu diwakili tiga pemain.

Senarai 24 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya Bermula 1 Oktober 2021 Ia bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan (6 Oktober 2021) dan Uzbekistan (9 Oktober 2021) di Amman, Jordan. Baca penuh di https://t.co/wiRao4j3QQ#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/UnLYaR61ay

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dengan kedua-dua perlawanan berlangsung di Amman, Jordan, skuad kebangsaan dijadualkan menentang negara tuan rumah 6 Oktober sebelum bertemu Uzbekistan tiga hari kemudian.
Untuk rekod, Malaysia tewas kepada Jordan 1-0 dalam pertemuan pada 2019, sementara itu adalah pertemuan pertama mereka dengan Uzbekistan dalam lebih dari 10 tahun ketika mereka tewas 3-1 dalam kelayakan Piala Asia 2011.
Kedua-dua perlawanan itu adalah aksi kompetitif pertama Harimau Malaya sejak mengatasi Thailand 1-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 Jun lalu, sekaligus menjadi aksi pemanas badan bagi saingan Piala AFF 2020 yang berlangsung 5 Disember ini.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe diundi bersama juara bertahan, Vietnam, Indonesia, Laos dan Kemboja.

Jadual Perlawanan Kumpulan B | Piala Suzuki AFF 2020 6/12/21 Kemboja ?? lwn ?? Malaysia 9/12/21 Malaysia ?? lwn ?? Laos 12/12/21 Vietnam ?? lwn ?? Malaysia 19/12/21 Malaysia ?? lwn ?? Indonesia * Semua perlawanan di venue berpusat#FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup2020 pic.twitter.com/JSOSqpYgtd

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#dion cools #Malaysia #Luqman Hakim Shamsudin #Dominic Tan