Ketua jurulatih Chelsea, Antonio Conte, mahu terus bersabar dengan Eden Hazard selepas pemain bintang itu terus berusaha untuk mencari sentuhan terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Pemain kebangsaan Belgium itu mengalami kecederaan buku lali pada Jun lalu tetapi semakin pulih, dengan beraksi untuk pasukan kebangsaannya dan hadir dalam aksi berdepan Qarabag sebagai pemain gantian.

Hazard turun ketika berdepan Leicester City dan bermain hampir 30 minit ketika membenam Qarabag 6-0 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Chelsea sedang membuat persiapan berdepan Arsenal pada Ahad ini, dengan Conte berkata beliau enggan mengambil risiko dengan mengharapkan pemain berusia 26 tahun itu.

"Masih terlalu awal untuk dia beraksi dalam perlawanan ini.

"Kami perlu bersabar dengan Hazard untuk pulih sepenuhnya. Saya berasakan ia adalah yang terbaik untuknya.

"Kami masih memilih Pedro dan Willian yang beraksi dengan cemerlang."