Conte: Lukaku telah pertingkat mutu permainan

Ammar Hakim
Oktober 25, 2020 06:44 MYT
Antonio Conte memuji peningkatan yang dipamerkan Romelu Lukaku selepas sekali lagi bertindak sebagai pemisah ketika Inter merakamkan kemenangan 2-0 ke atas Genoa dalam saingan Serie A.
Jaringan ke-10 Lukaku dalam lapan perlawanan musim ini untuk kelab dan negara memastikan pasukannya mendahului di Stadio Luigi Ferraris sebelum Danilo D'Ambrosio menggandakan jaringan sekaligus memastikan mereka menghuni tangga ketiga liga.
Bekas penyerang Manchester United itu telah meledak 22 gol untuk Inter sejak penampilan sulung dalam saingan Serie A Ogos 2019, tidak termasuk penalti, di mana lebih banyak berbanding mana-mana pemain import dalam pertandingan tersebut.
Conte berkata dia merupakan seorang yang sangat meminati Lukaku dan kagum dengan bagaimana dia mempamerkan peningkatan dalam permainannya sejak 12 bulan yang lalu.
"Romelu kini seorang pemain yang berbeza jika dibandignkan setahun yang lalu," katanya "Saya sentiasa berkata sebelum ini dia merupakan pertama yang perlu digilap dan saya mahu berkerjasama bersamanya.
"Kini anda dapat melihat sendiri, permainannya semakin baik."

Two words: Romelu. Lukaku. ?#GenoaInter 0⃣-1⃣#FORZAINTER ⚫️? pic.twitter.com/3Om2jIyl6w

— Inter (@Inter_en) October 24, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.