Conte berang Inter lambat panas

Ammar Hakim
November 22, 2020 21:57 MYT
Antonio Conte tidak melepaskan Inter daripada kritikan walaupun menang 4-2 ke atas Torino dan berpandangan prestasi pasukan lebih buruk berbanding musim lalu.
Skuad kendalian Marco Giampaolo medahului dalam separuh masa pertama di San Siro, hasil jaringan Simone Zaza dan bekas pemain Inter, Cristian Ansaldi, menggandakan kelebihan Torino pada minit ke-62.
Bermula daripada itu, Romelu Lukaku mencetus kebangkitan, menghasilkan lorongan buat Alexis Sanchez sebelum menampan masuk gol pada minit ke-67.
Penyerang Belgium itu menyempurnakan sepakan penalti enam minit sebelum tamat permainan sebelum Lautaro Martinez melengkapkan kemenangan.
Bagaimanapun, 60 minit pertama yang menyedihkan lebih menarik perhatian Conte dalam sidang media pasca perlawanan.
"Pendekatan kami bukanlah yang terbaik, saya tidak menyukai apa yang saya lihat," katanya. "Kita seharusnya lebih garang dan lebih berkesan.
"Saya faham ada kesukaran berkaitan dengan pemain yang kembali daripada tugasan antarabangsa.
"Namun kami perlu bekerja keras untuk meningkatkan tahap tumpuan kita. Berbanding dengan bagaimana kita menyelesaikan musim lalu, kita kehilangan banyak ini, jadi kita perlu mencari kegigihan itu semula."

7 & 14 - #Inter have gained the most points from losing position in the current Serie A campaign (7); on the other hand #Torino have dropped the most points from winning position (14). Overturn.#InterTorino #SerieA pic.twitter.com/NGwHsZmyQj

— OptaPaolo (@OptaPaolo) November 22, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.