Kingsley Coman menikmati perasaan 'luar biasa' menjaringkan gol kemenangan dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL) selepas Bayern Munich mengatasi Paris Saint-Germain (PSG) untuk melengkapkan treble.

Coman menanduk masuk gol tunggal perlawanan selepas 59 minit di Estadio da Luz awal pagi tadi sekaligus menyaksikan Bayern dinobat sebagai juara Eropah buat kali keenam.

Penyerang itu menjadi pemain Perancis pertama sejak Zinedine Zidane pada 2002 untuk meledak gol kemenangan dalam perlawanan terbesar dalam saingan bola sepak Eropah.

Bayern memenangi 21 perlawanan dalam musim yang cemerlang dan menjadi pasukan pertama untuk memenangi setiap perlawanan dalam saingan UCL musim ini.

Coman bagaikan di alam mimpi di Lisbon, tetapi juga menyatakan simpati terhadap bekas kelabnya.



Berkata kepada RMC Sports: “Ia adalah sesuatu yang luara biasa, saya sangat gembira. Bersedih buat Paris, mereka telah mengharungi perjalanan yang luasa biasa. Kami perlu menghormati usaha Paris.

"Kami telah cuba memberikan tekanan kepada mereka. Mereka bermain dengan corak serangan balas, tetapi tidak dibolosi, itu perkara paling penting.

"Paris bermain dengan cemerlang, sama seperti kami. Ia adalah final yang terbaik."