Manchester City mengawal Paris Saint-Germain tetapi dikecewakan oleh jaringan 'menakjubkan daripada Lionel Messi, kata Pep Guardiola.

City tewas 2-0 kepada Parc des Princes awal pagi tadi dalam aksi Liga Juara-Juara ketik berdepan gergasi Ligue 1 itu.

Idrissa Gueye membenarkan PSG mendahului dan Bernardo Silva menggegar palang gol menjadikan peluang terbaik buat City dalam separuh masa pertama.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) memiliki 54 peratus kawalan permainan tetapi gagal mencari peluang melepasi penjaga gol, Gianluigi Donnarumma, kemudian Messi menjadikan kedudukan selamat buat pasukannya dengan jaringan yang cukup cemerlang.

Guardiola tidak memiliki sebarang keluhan terhadap prestasi pasukannya, hadir tiga hari selepas mengatasi Chelsea 1-0 dalam aksi liga.

"Persembahan yang baik. Kami telah melakukan yang terbaik, cuma gagal meledak jaringan,," kata pengurus City kepada BT Sport.

"Kami bertahan dengan baik, mereka mengawal rapi dan serangan balas sentiasa berbahaya dengan kualiti yang mereka miliki, tetapi kami mengawal mereka. Malangnya, kami gagal menghasilkan jaringan. Itulah bola sepak. Tiada apa yang boleh saya katakan kecuali mengucapkan tahniah di atas persembahan yang telah mereka pamerkan.



"Dalam separuh masa kedua, kami memperoleh banyak peluang. Donnarumma menafikan percubaan dengan baik, sama seperti ketika di Stamford Bridge.

"Agak mengecewakan kerana kami bermain untuk menang, kami bermain untuk berada dalam saingan. Malangnya, mereke tidak memerlukan banyak untuk menghasilkan jaringan.

"Jaringan daripada Messi cukup menakjubkan."