City bernasib baik -- Guardiola

Ammar Hakim
Februari 28, 2021 01:04 MYT
Pep Guardiola mengetahui Manchester City tidak dapat 'melukis apa-apa yang cantik' ketika meraih kemenangan 2-1 ke atas West Ham, mengakui mereka bernasib baik untuk memperoleh tiga mata.
Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) menambah kelebihan ke atas pencabar terdekat Manchester United dan Leicester City kepada 13 mata dengan kemenangan ke-20 berturut-turut semalam.
Penghuni tangga keempat West Ham menyukarkan mereka, Michail Antonio menyamai jaringan dalam separuh masa pertama selepas gol pembukaan disumbat Ruben Dias buat City sebelum John Stones memastikan kemenangan dengan gol yang keempat tahun ini dengan perlawanan berbaki 22 minit.
City tidak berada di tahap terbaik ketika Guardiola melakukan perubahan, tetapi bekas pengendali Barcelona itu dapat meraikan kemenangan ke-200 bersama kelab dan yang ke-500 dalam semua pertandingan.
Guardiola memberitahu BT Sport: "Ia amat sukar, mereka memiliki kelebihan secara fizikal. Mereka memiliki pemain berkualiti seperti [Jesse] Lingard, [Pablo] Fornals.
"Selepas 10-15 minit, kami menyedari tidak mampu melakar sesuatu yang cantik. Kami bermain dengan lebih baik dalam separuh masa kedua. Apabila anda banyak beraksi, ia sesuatu yang normal.
"Kami bertuah kerana memperoleh tiga. Itu yang penting bagi penghujung musim nanti."

500 - Manchester City’s victory against West Ham saw Pep Guardiola pick up his 500th victory in charge of a top-flight side in all competitions (Barcelona 179 wins, FC Bayern Munich 121, Manchester City 200). Historic. pic.twitter.com/M5kitGe9PI

— OptaJoe (@OptaJoe) February 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Stones menyerlah musim ini apabila digandingkan bersama Dias dan bekas pemain Everton memberikan pujian kepada rakan sepasukannya itu.
"Sesetengah hari segalanya kurang berhasil buat penyerang dan hari ini saya dan Ruben berjaya meledak gol. Ia sebahagian daripada kami sebagai satu pasukan. Kami lega kerana meraih tiga mata.
"Saya mahu memberikan pujian kepada Ruben yang berhijrah ke negara dan kelab baru dan bagaimana dia terus beraksi. Dia sangat cemerlang."