Erling Haaland merupakan satu nama yang sering didendangkan peminat sukan bola sepak di seluruh dunia.

Perkembangan terbaru melaporkan beberapa kelab sedang berebut untuk mendapatkan penyerang sensasi Borussia Dortmund dan Norway itu.

Jika benar Haaland akan meninggalkan Dortmund, pasukan Bundesliga itu kelihatan sudah mempunyai pengganti dalam fikiran mereka.

"Borussia Dortmund melihat penyerang Juventus, Federico Chiesa, sebagai pengganti terbaik buat bintang serangan mereka, Erling Haaland," demikian dilaporkan Calciomercato.

Haaland kelihatan akan meninggalkan Dormund pada penghujung musim ini selepas dikaitkan untuk menyertai sama ada Real Madrid, Manchester United, Bayern Munich, Manchester City, Barcelona, Liverpool atau Paris Saint-Germain (PSG).

Jika Haaland meninggalkan mereka, Dortmund dilaporkan akan berusaha untuk mendapatkan bintang Juve dan Italy, Chiesa, yang sebelum ini turut mencuri tumpuan Chelsea dan Liverpool.