Jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, akur dengan pilihan terhad bagi aksi persahabatan bulan ini, sama ada menentang pasukan kebangsaan Filipina atau Myanmar.

Wabak novel koronavirus (covid-19) jelas menjejaskan kelancaran rencana keperluan buat skuad negara.

Jika hanya Myanmar dan Filipina sahaja yang sudi menyambut keperluan skuad kebangsaan itu, Cheng Hoe mengharapkan ia berakhir dengan keadaan yang memihak kepada skuad negara.

"Kemungkinan besar negara-negara tersebut tidak akan menyekat kunjungan ke negara mereka.

"Kami mengharapkan perkembangan positif daripada mareka," katanya ketika dihubungi wartawan Nadi Arena, Norsyarafina Nasrom, semalam.

Dalam masa sama, kepentingan aksi persahabatan pada Jun depan juga menuntut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk merencana aksi persahabatan.

Sudah pasti syarat utamanya ialah melibatkan pasukan yang memiliki ranking tinggi memandangkan keutamaan Harimau Malaya adalah memperbaiki kedudukan ranking semasa.

"Memang sukar tetapi saya positif bahawa FAM dapat mengatur satu perlawanan persahabatan."