Chelsea tandatangani Casadei daripada Inter Milan

Muzaffar Musa
Ogos 20, 2022 01:08 MYT
Chelsea mengesahkan bahawa mereka telah mencapai kesepakatan untuk mengikat pemain tengah muda, Cesare Casadei, daripada Inter Milan.
The Blues menandatangani pemain berusia 19 tahun itu dengan kontrak selama enam tahun dan menjadi pembelian terbaru mereka dalam era Todd Boehly di Stamford Bridge.
Pemain remaja kebangsaan Itali, Casadei, menyertai skuad senior Inter pada Februari lalu tetapi tidak dapat melakukan sebarang penampilan bersama kelab itu sebelum mereka terlepas kejuaraan Serie A.
Pembelian Casadei merupakan urusniaga kedua Chelsea bersama bekas pemenang Scudetto itu selepas Romelu Lukaku turut kembali ke San Siro secara pinjaman selepas beraksi hambar di London.

Welcome to Chelsea, Cesare Casadei! ??

— Chelsea FC (@ChelseaFC) August 19, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Chelsea #Liga Perdana Inggeris #Inter Milan