Chelsea patut ledak lebih banyak gol, kata Mount

Shaiful Shamsudin
Februari 5, 2021 02:44 MYT
Mason Mount berkata Chelsea sepatutnya membelasah Tottenham sambil tetap berpuas hati dengan kemenangan 1-0 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
Kemenangan pelawat, yang kini dibimbing Thomas Tuchel, di Stadium Tottenham Hotspur itu disempurnakan oleh sepakan penalti Jorginho dalam separuh masa pertama selepas Eric Dier menjatuhkan Timo Werner.
The Blues melepaskan deretan peluang sambil tuan rumah pula hanya mula memiliki beberapa terbuka pada lewat permainan bagi mengikat perlawanan.
Chelsea jelas pasukan lebih unggul untuk mereka melonjak ke tangga keenam, empat mata di belakang Liverpool yang menghuni tempat keempat.
Mount berkata: "Kami seharusnya menjaringkan lebih banyak gol dalam perlawanan ini. Saya sendiri mempunyai beberapa kesempatan, kami mempunyai beberapa peluang di mana kami seharusnya lebih klinikal di depan gawang.
"Itu sesuatu yang perlu kami usahakan, begitu juga saya."
Mount menikmati peranan yang lebih ke depan tatkala Tuchel masih cuba mendapatkan kesebelasan terbaiknya dan pemain tengah England itu bersikap positif dengan eksperimen tersebut.
Dia memberitahu BT Sport: "Ini sesuatu yang baru bagi sebilangan kami, terutama saya pada hari ini. Saya mungkin bermain sedikit sebagai pemain nombor sembilan dan perlu memainkan peranan nombor 10 bagi membantu pemain tengah.
"Kami semua sedang belajar tetapi setakat ini ia berjalan lancar. Saya gagal menemui penyudah pada hari ini jadi itu adalah sesuatu yang perlu diusahakan dalam tempoh seminggu ini."

3 - Thomas Tuchel has become the first Chelsea manager to keep clean sheets in each of his first three matches at the club since José Mourinho did so back in August 2004 (also 3). Mantle. pic.twitter.com/irZrKZfhIY

— OptaJoe (@OptaJoe) February 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tuchel melihat pasukannya menguasai 45 minit pertama tetapi Tottenham memiliki lebih banyak penguasaan bola selepas rehat, lantas menganggap pemainnya belum mencapai tahap terbaik.
"Minit demi minit kami semakin hilang penguasaan bola," kata Tuchel pula.
"Tetapi kami tidak pernah kehilangan struktur dan kekentalan untuk bertahan.
"Dalam bola sepak, ada banyak cara untuk mendapatkan prestasi yang baik dan jika perlu menderita, anda harus bersedia dan itulah yang paling menggembirakan saya."
#Chelsea #EPL #Mason Mount