Chelsea pasukan serangan terbaik England -- Lopetegui

Ammar Hakim
Disember 2, 2020 04:26 MYT
Ketua jurulatih Sevilla, Julen Lopetegui, percaya Chelsea 'dihasilkan' untuk memenangi Liga Juara-Juara (UCL), melabel skuad kendalian Frank Lampard merupakan pasukan menyerang terbaik England.
Kelab LaLiga, Sevilla, menerima kunjungan Chelsea awal pagi esok dengan kedua-dua apsukan sudah melangkah ke pusingan 16 daripada Kumpulan E.
Dan Lopetegui memuji sepenuhnya skuad bimbingan Lampard, yang telah meledak 22 gol dalam 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan menghuni tangga ketiga liga.
"Ia amat teruja dan cabaran yang menggunung berdepan pasukan yang dihasilkan untuk memenangi UCL," katanya.
"Pasukan yang dibarisi pemain berkualiti dan mereka adalah pasukan menyerang terbaik England.
"Apabila kami bertemu mereka, kami mengetahui kami berpeluang untuk menghuni tangga teratas kumpulan.
"Kami berharap akan mengharungi perlawanan yang baik ketika bertemu mereka."

All aboard! ✈️ ? ?? #SEVCHE https://t.co/rpJ7uvxAWg pic.twitter.com/3eV4pk4cIQ

— Chelsea FC (@ChelseaFC) December 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sevilla ketika ini menghuni tangga kelima LaLiga -- lapan mata di belakang pendahulu, Real Sociedad namun berkelebihan dua perlawanan.
Mereka telah dikaitkan dengan perancang Real Madrid, Isco, tetapi Lopetegui tidak tertarik dengan pemain yang mampu meningkatkan jentera serangan pasukannya.
"Saya tidak akan menjawab soalan itu [jika Sevilla berminat dengan Isco].
"Buat masa ini, saya akan bercakap mengenai pemain-pemain saya dan pasukan ini, saya tidak akan bercakap mengenai pemain yang tidak sebahagian daripada pasukan, lagi-lagi menjelang perlawanan UCL."