Chelsea kelihatan perlahan, penat dan kurang kebebasan dalam kekalahan kepada Juventus awal pagi tadi, menurut Thomas Tuchel.

Di sebalik mengawal 70 peratus kawalan permainan, penyandang gelaran Liga Juara-Juara (UCL) tewas 1-0 kepada Juve selepas jaringan Federico Chiesa meledak gol 10 saat selepas perlawanan bersambung dalam separuh masa kedua di Stadium Allianz.

Ia merupakan gol terpantas dalam separuh masa kedua UCL menurut rekod Opta dan menjadikan Chiesa pemain Itali pertama untuk menjaringkan gol dalam empat perlawanan berturut-turut buat Juve sejak legenda kelab, Alessandro Del Piero pada 1997.

The Blues berjaya melakukan satu percubaan tepat ke sasaran -- percubaan jinak dalam separuh masa pertama ole Romelu Lukaku -- sepanjang kekalahan yang mengecewakan sekaligus membenarkan skuad kendalian Massimiliano Allegri memegang kelebihan dalam aksi Kumpulan H.

"Sememangnya, mustahil untuk dibolosi dengan jaringan seperti itu dalam minit pertama separuh masa kedua. Apabila anda mengetahui apa yang bakal tiba dan memiliki struktur pertahanan seperti kami, kebiasaannya kami berjaya mengekang jaringan tersebut. Tetapi kami telah dihukum," kata Tuchel kepada BT Sport.

"Saya rasa kami tidak cukup tajam. Kami mengawal rapi permainan dan seharusnya menghukum lawan dalam 12-15 minit pertama namun gagal melakukannya.


"Terdapat banyak ruang, kami dapat membawa bola ke dalam kotak penalti dan seharusnya memiliki sentuhan yang lebih berbisa.

"Kami bergelut mencari rentak dan bermain secara pasif. Kami bergelut mencari intensiti yang diperlukan."