Antonio Conte menyifatkan Chelsea telah melakukan jenayah terhadap bola sepak di atas persembahan mereka ketika berdepan Manchester City dengan menyifatkan pendekatan jentera serangannya yang memalukan.

Chelsea tidak mencetak sebarang percubaan tepat ke gawang gol sepanjang 90 minit ketika tewas 1-0 di Stadium Etihad, dengan Eden Hazard, Pedro dan Willian gagal bertindak cemerlang ketika berdepan City.

"Anti bola sepak" merupakan label kepada aksi Chelsea dalam perlawanan ini tetapi Conte cuba memastikan pasukannya tidak tewas 3-0 seperti Arsenal dalam dua aksi berturut-turut berdepan City.

"Saya berasakan kami perlu menerima kritikan tetapi saya tidak bodoh untuk berdepan Manchester City secara terbuka dan tewas 3-0 atau 4-0," kata Conte.

"Arsenal telah beraksi berdepan mereka dua kali dan mereka bolos tiga gol dalam tempoh 30 minit.

"Pemain-pemain telah mengikut arahan saya. Kami telah membuat persediaan sebegini, kami telah cuba memberikan ruang kepada City.

"Berdepan City, anda harus menggunakan otak anda, jika tidak pasukan mungkin tewas 3-0 atau 4-0," katanya.

Chelsea kini telah tewas empat daripada lima perlawanan, dengan kekalahan lain hadir ketika berdepan Bournemouth, Watford dan Manchester United.