Chelsea buat Real Madrid merana di Stamford Bridge

Shaiful Shamsudin
Mei 5, 2021 23:49 MYT
CHELSEA 2 REAL MADRID 0
(Chelsea mara dengan agregat 3-1)
Mason Mount gembira memacu Chelsea ke final Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Manchester City tetapi berasakan mereka sepatutnya membelasah Real Madrid dengan lebih teruk lagi di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Timo Werner meletakkan barisan kendalian Thomas Tuchel itu di depan pada minit ke-28 sebelum giliran Mount merobek gawang pelawat pada minit ke-85 untuk kemenangan 2-0, sekali gus mara dengan agregat 3-1.
The Blues jauh lebih unggul apabila mencipta deretan peluang dalam misi menjamin kemaraan mereka.
"Kami berpeluang mencipta lima jaringan," kata Mount dalam wawancara pasca perlawanan itu dengan BT Sport.
"Tetapi apa yang paling penting adalah kami menang. Kami mahu turun ke dalam setiap perlawanan untuk memenanginya.
"Di kedudukan 1-0, ia tidak menjadi masalah buat lawan untuk bangkit sekiranya mereka meledak gol.
"Apabila menghasilkannya pada lewat permainan, anda boleh lihat betapa gembiranya kami meraikannya, ia adalah jaringan yang amat bermakna buat kami dan menawarkan kami kelegaan dalam lima minit terakhir.
"Kami mencurahkan segala kudrat dan kami berhasrat untuk memenangi babak pertama. Kami mempunyai beberapa peluang dengan merampas bola dan sepatutnya menjaringkan gol tetapi kami akhirnya tetap berjaya menyempurkannya dan ia bagus.

22 - At 22 years and 15 days Mason Mount is the second-youngest Englishman to score in the semi-finals of the UEFA Champions League, after Wayne Rooney (21y 182d vs Milan). Mount is the first Englishman to score at this stage for Chelsea since Frank Lampard in 2008. Blue. #CHERMA pic.twitter.com/GAeF1cryWA

— OptaJoe (@OptaJoe) May 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tandukan Werner ketika menyambut lambungan Kai Havertz -- gol pertamanya dalam UCL musim ini menerusi permainan terbuka untuk penyerang Jerman itu -- memadam kritikan terhadapnya gara-gara melepaskan peluang keemasan dalam pertemuan pertama minggu lalu.
"Saya berkata kepada Timo, 'pastinya pergerakan bola itu dirasakan amat lambat untuk jatuh'," kata Mount.
"Kami semua masih seronok untuknya."
City berpotensi merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika menghadapi Chelsea, malam minggu ini.
Skuad bimbingan Pep Guardiola itu menjulang Piala Liga Inggeris (EFL) buat musim keempat berturut-turut namun sejak kejayaan Chelsea membenam mereka 1-0 dalam semi-final Piala FA bulan lalu, barisan utama seteru dari London berkenaan telah mengetengahkan rombakan besar, justeru mereka berhasrat pula menyekat pendahulu EPL tersebut daripada mencipta gemilang sulung di pentas Eropah.
"Kami belum memenangi apa-apa lagi. Kami akan berdepan dua final kejohanan utama, mudah-mudahan kami mampu memenanginya," tambahnya, dengan Leicester City akan menanti mereka di Wembley dalam pertembungan final Piala FA, 10 hari lagi.
"Kami akan menghadapi Manchester City Sabtu (Ahad) ini. Kami sudah tiga kali bertembung musim ini jadi ia akan menjadi satu perlawanan yang menakjubkan."
#Chelsea #UCL #Mason Mount